Gary Neville percaya bahawa Granit Xhaka melanggar salah satu “peraturan” atau pantang larang utama apabila berkunjung ke Anfield.

Di mana tindakan Xhaka telah mencetuskan situasi tegang yang menyemarakkan semangat penyokong Liverpool di Anfield.

Arsenal menguasai 30 minit  aksi pembukaan dan mendahului 2-0 dengan jaringan Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus.

Liverpool kelihatan tewas dalam 40 minit pertama, terutamanya dari segi pertahanan, dan telah dihukum The Gunners.

Tetapi pada separuh masa pertama, Xhaka terlibat dalam pertelingkahan kerana menerkam pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Pemain pertahanan itu bertindak balas, dengan pasangan itu kedua-duanya menerima kad kuning untuk insiden itu.

Tetapi susulan itu, Liverpool kelihatan pasukan yang jauh lebih baik, menutup 45 pertama dengan kuat dengan gol daripada Mohamed Salah.

Yang dianggap Klopp sebagai momen terbaik untuk merapatkan jurang gol, sebelum rehat.

Mereka keluar selepas rehat dengan lebih bersemangat, dan tidak bernasib baik untuk tidak menyamakan kedudukan apabila

Namun Arsenal telah dilemaskan di separuh masa kedua dan akhirnya melepaskan bolos kedua di tangan Firmino.

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale sendiri menyatakan nasib baik Arsenal tidak kalah perlawanan ini dengan dia bertungkus lumus melakukan 2 penyelamatan luar biasa.

Ramsdale menafikan percubaan Mo Salah dan berhempas pulas untuk menghadang percubaan jarak dekat Ibrahima Konaté lewat perlawanan.

Liverpool tidak bernasib baik untuk tidak memenangi perlawanan pada akhirnya, walaupun pembukaan suram 40 minit.

Dan Gary Neville percaya bahawa tindakan Xhaka pada separuh masa pertama memainkan peranan dalam membawa yang terbaik daripada The Reds.

“Arsenal bermain dengan cemerlang dalam 40 minit pertama dan kemudian mereka membuat penonton bangkit,” kata Neville pada podcast Sky Sports selepas perlawanan.

“Saya tidak menuding jari sepenuhnya kepada insiden Xhaka di mana dia terlibat. Tetapi ada peraturan apabila anda bermain di sini dan ia tidak membantu.”

“Terdapat beberapa peraturan di sini: habiskan 25 minit pertama, main bola ke hadapan dan jangan biarkan mereka menekan anda lebih awal, jika penyokong di situ mengantuk, biarkan ia begitu.”

“Jangan membingungkan orang ramai atau memberikan sepakan percuma yang bodoh. Jangan terlibat dalam pergaduhan kerana mereka mahu api di sini untuk menekan kamu.”

“Satu pasukan memerlukan api dan itulah Liverpool dan satu pasukan memerlukan ais dan itulah Arsenal. Arsenal terlibat dalam kebakaran sebelum separuh masa dan jelas mereka kemudian bolos.”

Keputusan seri di Anfield lebih kepada kehilangan 2 mata untuk Arsenal. Yang masih belum pernah menang di sana ketika era Klopp dalam EPL.

Kini Arsenal hanya 6 mata di atas Man City yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan.